Pages

Carian

Featured Posts

Friday 15 July 2011

Pengauditan MS ISO 9001:2008



Pengauditan telah dijalankan pada 22 - 24 Jun yang lalu oleh 5 orang Juru Audit daripada Jabatan Pelajaran Johor. Secara keseluruhan proses pengauditan berjalan dengan baik dan lancar dengan maklum balas yang positif daripada pihak Ketua Juru Audit.

Wednesday 22 June 2011

Pertandingan OpenOffice.org 2011

PERTANDINGAN OPENOFFICE.ORG 2011 PERINGKAT KEBANGSAAN KATEGORI SEKOLAH SEMPENA HARI PERISIAN SUMBER TERBUKA DAN PERSIDANGAN PROGRAM SUMBER TERBUKA MALAYSIA (MyGoSSCon 2011) 
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia akan menganjurkan satu Pertandingan perisian OpenOffice.org Peringkat kebangsaan Tahun 2011. Pertandingan ini terbuka kepada  Sekolah-Sekolah di Negeri Sembilan. Penyertaan dibuka sekarang. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 Julai 2011. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada En. Mohd Fadzli Bin Mohd Jaafar, Unit Pengurusan Maklumat (ICT) di talian 06-765 3213. 

Tuesday 14 June 2011

Pertandingan Laman Web Tahun 2011

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan di bawah kelolaan Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) akan menganjurkan satu Pertandingan Laman Web Peringkat Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan Tahun 2011. Pertandingan ini terbuka kepada Sektor/Unit di JPNS, Pejabat Pelajaran Daerah dan Sekolah-Sekolah di Negeri Sembilan. Penyertaan dibuka sekarang dengan mengisi borang secara atas talian (online). Tarikh tutup penyertaan dilanjutkan sehingga 30 Jun 2011

Kutipan Maklumat Asas Pendidikan (MAP) Jun 2011 - Aplikasi EMIS Online

Semua Guru Data Sekolah diingatkan supaya membuat pengemaskinian data aplikasi EMIS Online untuk tujuan kutipan data berakhir pada 30 Jun 2011. Sila semak data menggunakan Utiliti Semak Ralat yang boleh dimuat turun melalui laman web ini. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara di atas sila berhubung dengan En Basri bin Hj Sahlan di talian 06-7653214.

Kursus Pengukuhan Laman Web Siri 1/2011

Makluman kepada semua Webmaster Sektor Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan. Satu kursus pengurusan laman web akan diadakan seperti ketetapan berikut:

      Tarikh               : 06 - 08 Jun 2011

      Pendaftaran    : 1.30 - 2.30 ptg (06 Jun 2011)

      Tempat            : Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan, Port Dickson

Surat panggilan kursus akan dikeluarkan dalam masa terdekat. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara di atas sila berhubung dengan En Mohd Fadzli b Mohd Jaafar di talian 06-765 3213.